Friday, June 24, 2011

BERPINDAH RUMAH


Salam Semua,

Kepada semua tetamu yang berkunjung di sini, saya sudah berpindah rumah dan tidak lagi berada di sini. Harap sudi-sudilah singgah ke www.norehan.com. See U there...

Monday, May 16, 2011

BERPINDAH RUMAH

Salam semua rakan-rakan yang dikasihi,

Mulai saat dan ketika ini, saya tidak akan menghantar lagi entri di blog ni kerana saya sudah pindah ke rumah baru.

Jika anda sudi singgah, ini alamat barunya....norehan.com

Sudi-sudilah singgah. Rumah saja baru, tetapi masih tidak berperabot lagi. Ok, jumpa di sana.

Wednesday, December 8, 2010

Seminar Usahawan Internet




Baru-baru ini saya mengikuti seminar usahawan internet. Biasalah, saya memang suka benda-benda yang berkaitan dengan internet. Saya suka belajar perkara baru. Dulu semasa di universiti saya ambil bidang Bahasa Inggeris, tetapi mungkin suratan takdir saya kini lebih terarah ke bidang berkaitan internet dan komputer. Sekarang ini sebut saja Cpanel, hosting, domain dan berkaitan saya tidak lagi terkebil-kebil dan terpinga-pinga. Saya bangga dengan diri sendiri kerana telah berjaya sampai ke tahap ini (bukan hendak berbangga diri, tetapi sekadar memberi motivasi kepada diri sendiri). Tidak salah rasanya memuji diri sendiri... .

Banyak ilmu yang saya timba di seminar yang diadakan di Kelana Jaya. Dan sudah ramai juga internet marketer yang saya sudah jumpa sebelum ini. Antaranya ialah Noorizam Shah (sifu Ebay), Shuth (pemilik Wangcyber.com), Adly Mukhtar (niagakit.com) dan yang terkini ialah Nizzura (Koperasi Usahawan Internet). Jadi sekarang ini saya mula berjinak-jinak dengan internet marketing. Jika ada sesiapa yang berminat hendak mengikuti seminar usahawan internet dengan Nizzura, PERCUMA tau, klik di sini

Tuesday, August 24, 2010

Kucing oh kucing!

Ini 'Bundel', kucing kesayangan di rumah mak saya.

Saya suka kucing. Namun atas sebab-sebab tertentu saya tidak dibenarkan membela walau seekor pun. Kalau boleh bela, mesti rumah ni dah penuh dengan kucing-kucing Siam atau tak Siam yang gemuk-gemuk dan gebu-gebu. Di bawah ini ada beberapa fakta tentang kucing yang saya jumpa di internet:

  • Pada tahun 1996 jumlah kucing di Amerika Syarikat mencecah 68 juta.
  • Kadar denyutan jantung kucing ialah dua kali ganda kadar denyutan jantung manusia, 110 - 140 denyutan seminit.
  • Jika kucing duduk di sebelah kita dan ekornya seperti bergetar-getar, maknanya kucing itu sedang mencurahkan perasaan sayangnya pada kita. Tetapi jika, tiba-tiba ekornya dihempaskan ini bermakna ia dah bosan dan suruh kita 'blah' ke tempat lain.
  • Kucing ada 290 jumlah tulang pada badannya dan 517 otot-otot.
  • Kucing tidak akan 'meow' pada kucing lain. Bunyi ini khas untuk manusia sahaja.
  • Kucing yang berusia 3 tahun adalah bersamaan dengan 21 tahun usia seorang manusia, 8 tahun bersamaan dengan 40 tahun usia manusia dan 14 tahun bersamaan dengan 70 usia seorang manusia.
  • Kucing yang paling lama hidup ialah seekor kucing bernama Puss yang tinggal di England pada tahun 1939. Kucing ini mati ketika berusia 36 tahun.
  • Pemilik kucing hidup lebih lama, kurang mengalami stress dan jarang diserang sakit jantung berbanding mereka yang tidak memiliki kucing.
  • Pertunjukan kucing yang pertama telah diadakan pada tahun 1895 di New York.
  • Kucing yang pandai bergaul akan sentiasa mengekori ke mana sahaja kita pergi untuk melihat aktiviti-aktiviti yang kita lakukan. (Kira busy body lah tu.)
  • Kucing tidak gemarkan bau-bauan ala-ala oren atau limau. Jadi jika tak suka kucing cakar sofa kulit yang baru tu, spraykan sofa tersebut dengan bauan ala-ala limau.
  • Dalam Bahasa Inggeris kucing ialah 'cat', Bahasa Peranchis 'chat', Bahasa Jerman 'katze', Bahasa Sepanyol 'gato', Bahasa Jepun 'neko' dan Bahasa Arab 'kitte'.
  • Kucing tidak melihat sesuatu di depannya secara terperinci, mereka tidak dapat melihat benda secara detail. Jadi bila kita berdiri depan kucing, kucing tu sebenarnya nampak kita 'blur-blur' aje.
  • Warna mata anak kucing akan berubah bila ia semakin dewasa.
  • Kucing ialah mamalia yang paling banyak tidur. Kucing menghabiskan masa 16 jam sehari dengan tidur.
  • Kucing menghabiskan 30% masa berjaga mereka untuk berdandan dan mengemas-ngemaskan bulunya.
  • Kucing dewasa ada 32 batang gigi.
  • Orang Mesir zaman dahulu mencukur bulu kening sebagai tanda berkabung atas kematian kucing mereka (...ishh...susah kalau macam ni, I tak sanggup)
Ini sajalah fakta menarik tentang kucing. Sayangi kucing anda, jangan dera kucing. Ada seorang wanita di zaman Rasulullah s.a.w yang dimasukkan ke neraka gara-gara memberi layanan buruk pada seekor kucing.

Monday, August 23, 2010

Rakaman di kidsontwo@TV2

Sudah lama tidak menulis entri di blog. Sibuk, banyak kerja. Sekarang, baru ada masa free sikit untuk up-date blog yang sudah lama berhabuk. Tetapi masa lapang ini tak lama, mungkin hanya tinggal seminggu dua saja lagi kerana selepas ini saya akan kembali sibuk dengan projek menulis terbesar yang kedua. Rezeki dari Allah Taala, terima sajalah.

Minggu lepas, saya ke Glenmarie ada rakaman bagi segmen buku dalam rancangan kidson2@tv2. Menggelabah juga masa di wawancara, maklumlah saya penulis bukannya artis. Dua kali take...hihi. Saya diwawancara tentang novel kedua iaitu Putu Mayam Satu! Seronok juga di sana kerana anak-anak saya turut mendapat pengalaman baru. Waktu siaran nanti dalam bulan Oktober...lama lagi lah.

Semasa di sana juga, Encik Zakaria, Ketua Editor Galeri Ilmu ada tanya saya, "Bila hendak mula tulis Diari Aneesa 2? Kalau boleh siapkan lah sebelum pesta buku 2011." Isshkk...keinginan untuk menyambung Diari Aneesa tu ada, cuma momentum tu belum muncul lagi. Insya Allah, akan saya usahakan.

Glamor ke masa ke udara di TV2 nanti? Tak tahulah, rasa macam biasa saja. Muka masuk dalam majalah Anis tu selalulah juga. Tak apa yang glamornya, saya penulis kecil-kecilan bukannya artis, superstar atau pelakon.

Friday, June 25, 2010

Anti Farmville

Saya anti Farmville...Maaf mungkin entri kali ini akan membuatkan ramai yang marah pada saya.

Pada saya bercucuk tanam dan menuai hasil di Farmville adalah pekerjaan yang sia-sia. Ia tidak membawa apa-apa hasil atau kebaikan. Terus terang saya berani katakan yang permainan itu hanyalah tipu helah Yahudi bagi menyesatkan dan melalaikan umat Islam.

Saya anti Farmville kerana Farmville:

1. Banyak masa terbuang sia-sia walhal masa tersebut boleh diisi dengan melakukan banyak kerja yang lebih berfaedah.

2. Tidak pernah memberi apa-apa hasil dalam bentuk wang ringgit atau ganjaran atau sebagainya kepada pemainnya.

3. Menyebabkan rasuah masa dan penyalahgunaan keperluan pejabat seperti bekalan elektrik dan komputer yang digunakan oleh 'penternak' Farmville ketika mereka di pejabat. Sudah beberapa kali saya ternampak pekerja-pekerja di pejabat menyiram dan menuai tanaman di Farmville ketika waktu pejabat. Salah satu daripadanya ialah di Pejabat Am sebuah IPTA terkemuka.

Permainan yang sia-sia ini harus dihentikan segera. Buatlah perkara yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri, bangsa dan agama. Lagipun hidup di dunia ini terlalu singkat untuk disia-siakan dengan bermain satu permainan yang tidak ada kesudahannya.

Saturday, May 22, 2010

Bersyukurlah...Be thankful..


Saya jumpa poem ini online beberapa tahun lepas, tetapi saya tidak tahu siapa penulisnya. Karya ini begitu menusuk kalbu dan menimbulkan keinsafan yang kita harus bersyukur dengan segala anugerah Ilahi pada kita.

Ya Allah

Today upon a bus,
I saw a girl with golden hair
and wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, a smile.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 legs, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked to him, he seemed so glad.
If I were late, it'd do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
It's nice to talk with folks like you.
You see," he said, "I'm blind."
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 eyes, the world is mine.

Later while walking down the street,
I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew, he couldn't hear.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 ears, the world is mine.

With feet to take me where I'd go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I've been blessed indeed, the word is mine.

Cantik betul karya ini...sedih dan sayu bunyinya..